Saturday, October 11, 2008

Seorang Teman

seorang teman,
bila berjauhan,
dia akan menangis kerana rindu,
bila dekat,
dia akan menangis kerana takut berpisah,
jika hari ini ia datang,
jangan biar dia berlalu pergi,
jika esok ia bertandang,
jangan harap ia kembali lagi,
sesungguhnya,
yang indah itu pertemuan,
yang manis itu kemesraan,
yang pahit itu perpisahan,
yang tinggal hanyalah kenangan,
hilangnya seorang teman,
ibarat hilangnya sebelah tangan,
lukanya boleh diubat,
tapi,
hilangnya tiada ganti
....

No comments: